Keupayaan mengambil nota semasa kuliah dan membaca teks adalah amat penting kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di mana-mana universiti dan Institut Pendidikan Guru atau sebagainya. Pengambilan nota yang baik dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari dan digunakan ketika mengulangkaji peperiksaan.
Antara kemahiran yang perlu ada dalam mengambil dan membuat nota ialah :
- Mengetahui idea utama.
- Mengenal pasti maklumat yang sesuai untuk ditulis.
- Menggunakan cara yang sesuai seperti outline note, column note.
- Menggunakan perkataan sendiri.
- Mencatatkan sumber maklumat yang diperoleh.
- Nota berbentuk grafik.
1. Annotation
Maksud
- Nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting , kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah . Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan . Catatan disediakan dengan menggunakan pen Highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang dinyatakan. Annotation juga boleh dibuat dengan menggaris fakta, menandakan isi penting, menggunakan tanda atau simbol, menggunakan tanda betul dan salah dan boleh juga menggunakan pelekat.
Contoh :
2. Outline Note
Maksud
- Nota yang disediakan dalam bentuk point dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan. Nota dibuat dengan menyenaraikan point utama dan subpoint. Point utama adalah fokus kajian/isu keprihatinan manakala subpoint adalah tinjauan masalah dan analisis masalah.
Contoh :
3. Column Note
Maksud
- Nota dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum. Kolum kiri diisi dengan idea utama/tajuk atau subtajuk manakala kolum kanan diisi dengan perenggan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk.
Contoh :
4. Nota Rumusan
Maksud
- Ditulis dengan mencatat semua apa yang difahami daripada teks yang dibaca atau didengari dengan meringkaskan maklumat dan isi penting yang diperoleh. Nota ini dibuat dalam bentuk perenggan.
Contoh :
Teks,
Kerja rumah ialah tugasan yang perlu disiapkan di luar jadual waktu tetapi tidak semestinya dibuat di rumah. Kerja rumah mempunyai unsur pembelajaran kendiri. Oleh itu, kerja rumah diberikan supaya unsur ini dapat dipupuk dalam kalangan diri murid. Kerja rumah juga menjadi aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas. Justeru, kerja rumah perlu disiapkan oleh murid secara individu atau kumpulan. Namun, perkara ini telah menimbulkan rungutan kerana kerja rumah dikatakan telah 'merompak' masa anak-anak untuk berkembang dari segi jasmani.
Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah. Namun, perlu diingat bahawa kerja rumah sememangnya diberikan bagi membuka peluang kepada ibu bapa mahupun ahli keluarga yang lain bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar. Kerja rumah juga dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa tentang perkara-perkara yang dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah.
Menurut kajian, antara rahsia kejayaan seseorang murid adalah apabila sentiasa ada tugasan yang dilakukannya tentang sesuatu yang dipelajari di sekolah. Dengan itu, kerja rumah merupakan satu daripada usaha yang boleh menyebabkan murid berjaya kerana mereka sentiasa belajar dan membuat latihan. Di samping itu, guru memberikan latihan tambahan sebagai kerja rumah supaya tumpuan dapat diberikan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan multimedia seperti televisyen, komputer, Internet dan sumber-sumber maklumat lain seperti buku, majalah dan akhbar pula menjadi sumber sokongan yang penting bagi murid membuat kerja rumah. Oleh itu, kerja rumah yang diberikan, diharapkan dapat membantu murid meneroka perkara-perkara baharu daripada sumber-sumber maklumat yang tidak diperoleh di bilik darjah.
Pemberian kerja rumah dibuat dengan mengambil kira faktor masa senggang murid. Kerja rumah diberikan agar mereka dapat mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti yang berfaedah yang menjurus ke arah kecemerlangan mereka dalam bidang pelajaram
Oleh hal yang demikian, walaupun terdapat pelbagai pandangan tentang kerja rumah, namun hakikatnya kerja rumah banyak memberi kesan positif kepada murid-murid.
(Dipetik dan diubah suai daripada
'Pengurusan kerja Rumah yang Elektif’
oleh Dr. Hj. Mohammed Sani bin Hj. Ibrahim,
Pendidik, Bil 14,2005)
'Pengurusan kerja Rumah yang Elektif’
oleh Dr. Hj. Mohammed Sani bin Hj. Ibrahim,
Pendidik, Bil 14,2005)
Nota,
Pemberian kerja rumah bermotif untuk memupuk unsur pembelajaran kendiri dalam sanubari murid. Kerja rumah turut berperanan sebagai aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas. Tambahan pula, kerja rumah memberi peluang keemasan kepada ahli-ahli keluarga untuk bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar. Malahan, kerja rumah merupakan platform kejayaan murid-murid dalam pelajaran kerana banyak latihan yang dilakukan. Lebih-lebih lagi, kerja rumah diberikan bertujuan untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah yang mampu mendorong mereka berjaya dalam pelajaran.
*Anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai cara-cara membuat nota pada laman web berikut :
*Anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai cara-cara membuat nota pada laman web berikut :