Tuesday, 9 August 2016

Alat - Alat Berfikir Dalam Membuat Nota


Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Terdapat beberapa alat-alat berfikir dalam membuat nota. Antaranya :


1. Pengurusan Grafik

- Satu rangka yang digunakan untuk memindahkan apa yang difikirkan ke
atas kertas untuk dilihat dan disusun.
- Contohnya, isi penting sesuatu buku/pembelajaran.
- Menggunakan pemetaan/pola penyusunan
- Untuk mewakili perhubungan antara maklumat berkaitan sesuatu idea atau
fokus.
- Antara jenis pengurusan grafik yang sering digunakan :
i) Membanding dan membeza
ii) Rajah jaringan
iii) Peta konsep
iv) Carta aliran
v) Menyelesaikan masalah


Contoh :




2. Peta Minda

- Diasaskan oleh Tony Buzan (1984)
- Fungsi :
i) Cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan.
ii) Meningkatkan daya ingatan semasa belajar.
iii) Mudah mengenalpasti dan memahami pembelajaran.
- Ia menggunakan anak panah, warna yang pelbagai dan kod-kod
yang istimewa.
- Menghubungkaitkan suatu konsep,perkara,perkataan, kata kunci
yang mempunyai perkaitan.
- Dapat menjimatkan masa untuk mengulang kaji pelajaran.
- Contohnya, peta minda digunakan untuk membuat faktor-faktor,
sebab, kaedah atau kepentingan.


Contoh :





3. Pemetaan I-Think

- Merupakan Program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK), 1994
- Diperkenalkan kepada guru sebagai alat berfikir.
- Bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dikalangan pelajar.
- Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam P&P disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi.
- Terdapat 8 peta pemikiran.
- Setiap peta mempunyai proses pemikiran berdasarkan tajuk pelajaran.
- Antaranya ialah :
a) Peta Bulatan (Circle Map)
b) Peta Buih (Bubble Map)
c) Peta Pokok (Tree Map)
d) Peta Alir (Flow Map)
e) Peta Pelbagai Alir (Multiflow Map)
f) Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)
g) Peta Dakap (Brace Map)
h) Peta Titi (Bridge Map)


A) Peta Bulatan (Circle Map)


Langkah Membina Peta Bulatan

1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.

2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.

3.  Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.

4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).

5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau 

    sudut padangan daripada pelbagai pihak.



Contoh :




B) Peta Buih (Bubble Map)


Langkah Membina Peta Buih

1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.

2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat bagi topik tersebut.

3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.

4. Senaraikan seberapa banyak kata / frasa adjektif berkaitan sama ada positif atau negatif. Warna yang berbeza boleh digunakan.

5. Contoh:

Kata Adjektif - cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas
Frasa Adjektif - bertelinga besar, berion positif, bersisik tebal.

Contoh :



C) Peta Pokok (Tree Map)


Langkah Membina Peta Pokok


1Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.

Contoh :


D) Peta Alir (Flow Map)


Langkah Membina Peta Alir


1. Tuliskan tajuk ( peristiwa / langkah)
2. Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan / membina / membuat.....
3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan.
8. Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah?


Contoh :



E) Peta Pelbagai Alir (Multiflow Map)


Langkah Membina Peta Pelbagai Alir


1.    Digunakan untuk menerangkan  analisis sebab dan kesan.

2.    Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.

3.    Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam        kotak berasingan.

4.    Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.

5.    Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan.

6.    Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.

7.    Peta ini juga   boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.

8.    Cadangan Topik –   Saya berjaya dalam peperiksaan.

Contoh :


F) Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)


Langkah Membina Peta Buih Berganda


1.   Lukiskan 2 bulatan di dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek / idea) yang ingin  dibandingkan.

2.   Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.

3.   Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama.

4.   Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.

5.  Bagi bulatan yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.

6.  Isikan semua perbezaan di dalam bulatan yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.

7.  Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.


Contoh :



G) Peta Dakap (Brace Map)


Langkah Membina Peta Dakap


1.    Digunakan untuk mengkaji / menganalisa objek secara fizikal / maujud

2.    Tuliskan bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya.

3.    Tuliskan bahagian / pecahan utama.

4.    Tuliskan bahagian / komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.

Lukiskan (  { ) untuk menggabungkan / menyatukan objek dan komponennya.

Contoh :


H) Peta Titi (Bridge Map)



Langkah Membina Peta Titi


1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor penghubung di bahagian kiri.

2. Faktor penghubung (RF) adalah frasa setara yang mengaitkan analogi.

3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang

berkaitan.

Contoh :




4. Teknik Menyoal Aras Tinggi

- Mengalakkan KBAT.- Mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mencipta, menilai.- Merangsang pelajar untuk berfikir.- Menyelesaikan masalah dengan baik.


a) Penyoalan Sokratik

- Merangsang pelbagai bentuk pemikiran
- Membuat penerokaan
- Mendapatkan maklumat
- Menganalisis konsep
- Membanding dan membeza konsep


6 jenis soalan :

a) Soalan penjelasan
b) Soalan merangsang andaian
c) Soalan merangsang sebab & bukti
d) Soalan berkaitan pandangan & idea
e) Soalan merangsang kesan & akibat
f) Soalan berkaitan soalan


b) Soalan Bertumpu dan Mencapah

- Mengetahui pengetahuan, kefahaman, aplikasi ilmu pengetahuan

Soalan Bertumpu :

- Soalan yang memerlukan jawapan yang terhad & tepat-Soalan aras rendah
- Soalan tertutup
- Bersifat objektif

Soalan Mencapah :

-Soalan yang mempunyai jawapan
-Lebih analitik, berbentuk sintesis
-Soalan aras tinggi
-Soalan terbuka
-Bersifat subjektif


c) Lingkaran Soalan 

- Mendapat idea & pandangan untuk menyelesaikan masalah
- Soalan dikemukakan secara berturutan & berhiraki

3 cara untuk melaksanakan:

- Perbincangan panel (20 minit)
- Perbincangan peserta konferen (30 minit)
- Perbincangan panel (20 minit)


Alat-Alat CoRT

- Meningkatkan keupayaan berfikir


Alat-Alat CoRT 1

- Menilai keluasan persepsi terhadap sesuatu yang difikirkan
- 7 alat berfikir di dalamnya :


a) PMI (Plus, Minus, Interesting)
b) CAF (Consider All Factors)
c) C & S (Consequence and Sequal)
d) AGO (Aims, Goals, Objectives)
e) FIP (First Important Priorties)
f) APC (Alternatives, Possibilities, Choices)
g) OPV (Other Point of View)


Alat-Alat CoRT IV

- Meningkatkan kualiti kehidupan
- Terdapat 10 CoRT IV :


a) YES, NO & PO
b) STEPPING STONE - BATU LONCATAN
c) RANDOM INPUT - INPUT RAWAK
d) CONCEPT CHALLENGE - MENCABAR KONSEP
e) DOMINANT IDEA - IDEA DOMINAN
f) DEFINE THE PROBLEM - MENDEFINISIKAN MASALAH
g) REMOVE FAULTS - MENGASINGKAN KELEMAHAN
h) COMBINATION - KOMBINASI
i) REQUIREMENTS - KEPERLUAN
j) EVALUATION - PENILAIAN


* Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang alat-alat berfikir melalui laman berikut :
http://www.slideshare.net/TajulddinMuhammad/8-peta-pemikiran-39462088
https://www.scribd.com/doc/16273559/Alat-Alat-Berfikir

No comments:

Post a Comment